Monday 18 June 2012

SUSU MURAH VS SUSU MAHAL?

Susu murah dan susu mahal. Mana 1 pilihan ibu2 di luar sana? Pada saya, susu murah ke mahal ke, terpulang pd si kecil. Kalau susu murah dia ok, poo-poo pun ok, just proceed jela. Tp kalau si kecil lebih suka susu mahal, poo-poo ok, proceed la pd yg mahal. Biar parents bengkok sket asal si kecil hidup ceria n gumbira hehari. Itu yg lebih bernilai. Tp yg paling mahal adalah susu cap gantung... hehehehe... susu badanla tu. Betul x? Susu cap gantung x de jual kat pasaraya2 mahupun pasaraya yg besar2. Tp xtaula kalau de, cume sy je yg xtau lak. oppss..

Macam sy sekarang ni tgh memikirkan brand susu apa yg baik n bagus utk Aqil. Aqil ni susah sikit. Lagi2 kalau kat rumah. Bukan semua susu dia nak. Dia nak & x kan tolak susu badan. Skang ni nak bagi campur susu botol gak kat rumah sebab rasa2 pengeluaran susu badan da semakin berkurangan. So, try la macam2 susu.

Masa duduk rumah pengasuh pertama, bg minum susu Friso Gold 2 (dari umur dia 5 bln sampailah 10 bulan). Susu ni 1 tin (900 g) regenye dlm 59. ** . Kalau dalam kotak (650g) dlm 45. ** (kalau x silapla. Sebab da lama x beli) Masa tu babysitter tu la beria kate Aqil suka susu Friso ni bab dia try susu budak lain, Aqil minum laju jer. Entah ler.. Layankan ajer la...

Lepas tu duduk taska lak. Time ni, Aqil selalu sangat demam, planning tukarla ke susu Ilham pulak. Susu Ilham ni bagus. De bacaan ayat suci Al-Quran. Susunya de campuran badam, kismis, kurma. Memang sedap. Saya pun pernah try. Harga dia lak sekotak (650 g) 48. **. Katanya susu ni leh utk tingkatkan imun badan. Tapi susu ni de jual kat tempat2 tertentu je. De stokis yg jual. Minum susu ni sekotak je bab ms tu beli kat kampung. Bila balik Kuantan, xtau nak beli katne.  Lg 1 susu ni, kalau poo-poo, najisnye warna jernih jer.. Maksudnye warna lebih cerah dari susu Friso. Xtau la..

Then, g klinik, doc bg sample susu Gain Plus Eye Q pulak perisa original n vanilla. Doc bagi 3 pek ori n 3 pek vanilla. Yg perisa vanilla, sangatla dia suka. Biasanya kalau susu biasa (apa2 la) xde nye habis even wat 100 ml je. Tp susu ni, 100 ml tu kejap je habis. Bila tambah wat 100 ml lg, pun habis.. Tp yg perisa ori, dia x lyn. Digigit2 je puting botol tu. Tengok kat kedai harga dia lebih kurang cam Friso je. Murah sikit.

Tp xterus try susu tu. Nak try bg susu yg murah2 sikit. hehehe.. Then, belikanla susu Dutch LAdy 123 perisa madu. Yg ni Aqil xberapa minum. Tp bolehla minum dalam 20 ml. Tp susu ni, bila dia poo-poo, dia punye najis cam kerassss... Cian dia dok teran2 time nak poo-poo. Harga dia okla.. kalau dlm pek tu dlm 2*. ** je.

Pastu wat keputusan try Sustagen Junior lak. Tergoda tengok iklannye.. hehehe...Oleh kerana dia suka vanilla (rasanyela, hehe), so belikanla perisa vanilla. Tp sedihnye, dia x suke.. kalo kite wat 50 ml pon, dia minum x hbs... n lg 1 susu ni bau nye cam hamis sket. Bab tu Aqil x suke kot. xtaula... Ni pun harganya ok gak. 1 kotak (650 g) dlm 30.00. Tp mayb tgk kedaila...

Ni semua masalah kat rumahla. Kalau kat umah bbysitter xde msalh sebab dia xde choice lain. Kalau kat rumah de susu cap gantung. Tu yg dia memilih tu. So, skg ni buntu. Xtau nak tukar susu pe lak. huhuhu...

ihsan dari encik google. tq..

Tu semua susu yg dah pernah di cuba oleh anakku, Aqil Naufal. Lepas ni nak minum susu apa yer Aqil? Kite try lagi la yer nak.. hehehehe... Ibu2 di luar sana cmner?

0 comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers